Friday, 27 January 2012

*assalamualaikum

tadi pegi class tambahan math kat skolah . besst siot . senyap je . sebab budak prangai macam beruk takde . dan senang gila nak faham .

cikgu , kalau boleh  aku nak pegi dekat cikgu then cakap terima kasih cikgu . sayang cikgu then peluk kemas-2 ! cikgu tu baik gila . bersifat keibuan . tak pernah marah murid dy . kalau tak siap homework pon 'habih gheng' dy blebe je .

cikgu sesedap rase dy aje nak suruh balik pukul brape . tapi tak kesah pon sebab rasa macam tak nak balik je , nak blajar math je hari tu . teacher , u make my day :)

pause kejap cikgu . nak snap pic ngan baby kite jap . she's wahida ali .

pic tak edit langsung . 2 vudak hitam . 
hihi . muka malu bab satu kelas tengok dan gelakkan aku and waeda wat muka cun . deki a tuu .
sambung cikgu sambunggg . cikgu pon sambung laa . *entah pape .

muka tak gembira mane sebab dah habis class .
waeda muka kegembiraan . puuuiih .

akhir kata - kite tak suka bercinta dan sakit kepala .
*assalamualaikum

okey . aku dah tengok ombak rindu . tak sedih ponnn . asal korang sume update status yang ombak rindu tu sedih ? mate bengkak mujur tak buta laa . nawok blake .

sincerely , aku hanya mengeluarkan 3 titis air mata untuk filem ombak rindu and i dont know why . aku dah habes feel dah mase tu . dengan keadaanya yang gelap gelita sebab mase tu takde letrik kat kampung dengan senyap sunyi . takkan aku tak feel lagi kot ? biasenye aku , bising lahh takat mane pon kalau citer tu betul-betul sedih . aku akan mengeluarkan lebih 5 titis okey ! 

maximumnya sebak laa . 
titisan pertama pada babak haris nanges kat izah tuu . yang tu memang superb romantic . bestnyeee . O_O .
titisan kedua bila haris cakap yang izah tuu perempuan murahan . OMG ! izah punyalah happy tengok haris datang . boleh haris buat muka badak cakap izah macam tuu . sedihhh T_T
titisan yang ketiga babak haris nak kawin dengan mila tuuu . alih siaran radio pasal tuu . alih lagi pasal tuu . 

sepanjang citer ni , aku asyik sebakk aje . takde keje lain . tiap kali air mata nak turun tak jadi . tak cukup sedihhh . 

nak cakapnye kat sini , pelakon kita dah macam pelakon barat . tiru sangat yang bukan islam tuuu . selamba kucing aje cium-cium tengkuk ni . aku yang budak ni pon tau . cehhhh . ada kemaluan ke tak . entah laa .

tak nak cakap panjang . yang pasti citer tu best gila . tak puas tengokk ahh . romantic nak mati . kan best kalau aku jadi izah . tapi bab yang kena jual tu aku tak nak ahh .

malas nak post pic ombak rindu . so aku post pic aku je laa okehhh ? masehhh .

gambo dokk pasal . with my superbestfriends . balik dari class tambahan :) sayang baby saye wahieda !

Friday, 20 January 2012

village !

baru lepas jadi stalker kat pesbuk . sorry . i have no work to do . 

esok , hari sabtu , kite nak balik golden sand ! bye bye .

BTW , korang ade kampung ? takde kan ?.... jangan jealouse . kampung kite jauh . kat golden sand disana nunn . best boleh tidur dalam kereta . aku lebih prefer tidur dalam kereta banding katil bersaiz queen yang besauu dan empuk macam daging anda . sebab , dalam kereta takde orang orang , puas tidur , takde orang leh suruh belajar (hehe^ ^)  bangun takde secara mengejut < < < yang ni aku tak leh blahh . kalau ade sape-2 buat pulak kat aku cam ni , aku hempuk dy dengan tiang letrik .

besok balik petang sebab aku ada kelas tambahan PAI kat skolah . oh my God . malasnyeeee . pukul lapan lakk tuuu . buat pukul 9.00 boleh tahan . kalau hari cuti macam jumaat/sabtu . usually aku bangun paling awal 6.30 . cewahhh , nawok je . 6.30 tu bangun sembahyang subuh laa .aku biasa bangun 10.30 dan keatas dan terkadang sedikit ke bawah . habis class pon pukul 10.00 pagi . aku masih sedang kroookkkkk krooookkkk bedengkur lagi atas katil .

aku belum packing barang lagi . even dah nak pukul 1.00 pagi . aku memang sengaja hari ni bersengkang mata . sebab , dalam kereta esok , aku nak tidur secukup rasa . biasenye aku memang senang nak bangun kalau hari sebelumnya tidur lewat . sebab tidur ayam . so , maybe pagi masa class tambahan tuu aku tak ngantok 'kott' . kalau ngantok tuuuuu ..... tidur je la kan ape susah .

baju kurung untuk esok dah iron . bag baju nak balik kampung belum pack bersamaan bilik yang bersepah . bak kata babi , 'bilik kau serupa ah dengan kandang aku . boleh tumpang tak ?' eh ! sesedap rase dy je nak tumpang bilik orang . aku sondol pahni kanggg .

ada sesiape tak yang voluntary nak kemas bilik aku yang dah macam tempat jin bertendang tuuu ??! baiklah , saya sedar . 

kampung belah abi :)

rindu dengan background ni . tengahari panas kelungggg . pakai make up 1 minit je tahan . malam lakkk sejuk ketorrrr . sehelai selimut tak cukup derr . atap dy zink . thats why laa .

ni bilik kite . kat rumah baru .
rindu kat bilik pink purple aku ni . nanti balik bilik ni kena kasi puhh puhh sikit . sebulan lebih tak masuk tidur . kang benda lain tidur kangg .

aku takde pic kat rumah belah ibu . sorry to say lahh .

Thursday, 19 January 2012




bagi aku . 
orang lelaki ni semua sama je . kalau yang lain tu , lain sikit jee . kalau nak yang betul-betul lain , carilah seorang ustat atau ulamat .kadang , ustat dan ulamat pon tak boleh dipercayai . aku tak cakap semua . segelintir sahaja . baca newspaper lau tak caye .

kalau nakkan seorang pempuan , mesti ade agenda lain . konon-konon sayanglah sangat . tututuih . perempuan pon , kadang-kadang menjadi terlalu murah . sampai laki sesedap rasa aje pegang-pegang dan perempuan pon merelakan . biasalah credit lelaki 'kalau tak peluk cium tak sayang' . sayang tu sikit aje . nafsu tu hah yang melebih . 

rasa nak hempuk dengan batu je mane-2 laki yang pandai-2 kasi statement tu kat awek dy . nampak sangat tak sayang . dan perempuan pon , dont be dumb like me . tapi cite aku lain . aku dah hempuk dah pun laki tu dengan batang besi .

one man can make one woman hate all men .

aku takleh tahan tengok couple panggil pa & ma . eeeeuuuuwww . dah ada anak ke ?? sayang/abang seems normal lagi . kalah husband &wife . sabo je laa .

bagi yang putus cinta tu , tak payah la nak menangis segala bagai . bukan korang yang tak pandai jaga BF korang , tapi dy bukan untuk korang . tuhan dah merancang segalanya untuk kita . tak payah laa nak bermusang hanya sebab seorang balak . kalau BF korang kene rampas , biasenye ayat ni lah yang GF baru EX korang akan cakap 'kau tu yang tak pandai jage BF sendiri . bile dy pegi kat aku nak salahkan aku pulak' . ha ! pompuan ni nak makan penampo aku ni . mujurla dy tak rampas BF aku . 

jangan contohi perempuan dalam gambar ni . mesti murung sebab putus ngan pakwe . dasar gadis tak berwawasan .


diuulangi ,
kalau korang break dengan BF korang tu bermakne dy bukan yang terbaik untuk korang . tuhan dah sediakan yang lebih terbaik pada masa hadapan . Insya-Allah :)

Wednesday, 18 January 2012




kecundang dalam cinta memang totally menyakitkan . terutame kalau dapat EX macam sial . memang betul-2 siallahhh . tuuuiiiihhh !

sesungguhnya sabar itu indah :) dan sabar itu tiada batasnya .

aku taknak sebab macam ni , aku jadi stress . aku jadikan ni sebagai pengajaran dalam hidup aku . cinta monyet adalah sesuatu cinta macam berukk . #not in mood .

tak payah nak menjeleskan aku tu pon . adoooi ! sebab aku sedikit habuk kuman pon tak jealouse weh . woman like that can get close to the night market . lain lah anak dato' ke . comelote ke . tapi ni prangai pon @#$!&* . market lakk tu . al-maklumlah orang pandai layan . sorry to say lahh , i'm not like her .

aku menyesal semenyesal-nyesalnya . if i could only turn the world spin . if the suicide was not at fault , i'm willing to . swear . i feel hatred of myself .

dy ingat dy handsome . tutututututututu iiiiiiihhhh ! automatic terludah kalau tak nanti termuntah . aku tak perlukan lelaki seperti engkau wahai makhluk Allah yang durjana . aku dah serik main cintan cintun ni . kalau dapat macam dy ni , mampos . hancoss hidup seorang perempuan .

satu kesyukuran dapat break dengan dy . Alhamdulilah . kalau belum break memang satu kesialan . dan kesianan untuk orang yang sayangkan dy . BTW , i hate him double triple zillion trillion . tension dohh tengok dy . macang ke semak nok kate orang udoh . aku post gambau mum kan kejuttt .  penyesalan tak sudah .

cinta aku tak beralaskan paras rupa
cinta aku tak beralaskan wang ringgit
cinta aku tak beralaskan status atau kedudukan dan pangkat

tapi ......

cinta aku manis
beralaskan keikhlasan
berbantalkan kejujuran
 harum dengan kesucian
kaya dengan kebaikan

^
^
^
nukilan zawin najah . tak copy paste . swear !


Sunday, 15 January 2012

i will slap you hardly ball



aku dapat masuk bola tampar . tamparan terbaik daripada zawin najah . this is the first time aku masuk tau . slame ni tak pernah pon aku tampau-tampau bola ni . tak sangke jugak laa boleh masuk . thanks waeda sebab ajar aku tadi cara nak main . sayang mung kuat-kuat . 

husna cakap hari selasa ni mungkin bertanding kot . whatt ?! cepatnya . aku pon tak berapa nak pandai lagi . tak boleh ke postpone ke minggu depan . aku nak belatih ni . cehh , wat prasan dy . menyesal tau dulu tak masuk . tak sangka se best ini . maybe dulu , aku still malu-malu bewokk . datang cuci mata je tengok orang main . dalam hati jealouse dowh . 

harap-harap aku makin pandai laa . aku ni tak tau main pape pon . kat rumah ni takde pape pon . ade skipping rope and badminton je . ade bola pon , basketball yang kempiss je . hampesss . nak berlatih pon tak tahu ngan sape and nak curik bola kat mana . kesian~ 

whatever it is , moga aku berjaya . tak nak hampakan rumah hijau . hikhok ! go hijau go !we are the best among the rest . among the rest we are the best . *lagu rumah biru adik aku . sokongan moral .

adanya aku rumah hijau terbaik a <-------- ayat kasi pengsan sume orang .

Thursday, 12 January 2012

semalam pergi celebrate kitorang punya kenaikan kelas . cuma adik sorang je yang stay kelas sama . other sibling sume naik . include me :) congrats . congrats . makan kat restoran santai . bukan santau . best gilaaa . layanan dy pon bagus . kan time pegi tu kan , hujan lebat gila . pastu ade sorang pakcik ni , eah tak pakcik sangat kot . kasi aku payung . untunglahh ~ 

berbaju kurung :)

abi cakap , orang perempuan manis berbaju kurung . so kitorang berbaju kurunglahh . manis tak saye ? manis tak ? manis kann ? kan ? hikhok . *prasangila

while waiting for abi get the car .

she's wearing my beloved tudung . tudung baru pakai dua kali kott .


sweet tak ? sweet tak ? jarang boleh amik pic camni ngan budak kecit ni , sebab kitorang slalu gaduh . teeehee :) budak ni berangan besauu ni . nak pakai tudung bawal tapi tak pandai . 

kitorang makan kat restoran santai kuantan . memang slesa ahh tempat tu .


ibu makan sirloan stick . sedap gakk . aku makan deep grilled lemon chicken . tak silap . nama panjang sangat . tak ingat nak salin . besst ! tapi aku tak suke sos lemon dy . manis sangat . 


nampak sedap kan ? memang sedap ponn .


wahhh ! dapat rasa kenikmatannya . sedap gilaa .


 ice blended cappuccino . sedapp~

Tuesday, 10 January 2012

tution

nak citer pasal first day tuition aku kat samaberjaya . setelah sekian lama aku tak pergi tution hari ni kena pergi jugak sebab aku kena struggle lebih untuk bagi parents aku hadiah kejayaan . last aku tuition ialah , pada malam last UPSR . 2 tahun lebih kot tak bergaul dengan budak luar . lagipun aku pendiam . sila mati . 

pendiam tu adalah jugak kalau sumbat . teehheee :) 

nak kabo nyerr , cikgu math ajar laju laa . tak dapat nak catch . nak tanye malu . al-maklumlah budak baru katakan , dalam mulut ade emas 1000 karat . ada yang aku faham . tapi yang faham tu cikit cinonet sangat laa . tak padan dengan mata aku yang tak lari dari papan putih tu . konon-konon concern la tuu . padahal , dalam otak fikir mase nak balik je kejenya .

first day aku , aku rasmikan dengan baju kurung . baru nampak alim gituu . selain itu , pendiam . disamping itu , baik . justeru itu , naif . berbagai lagilahh . *hilang pahala baju kurung aku .

tulisan yang merapu bersama otak yang merapu . aku rasa , kalau dibandingkan tulisan aku dengan budak lain dalam kelas tu , tulisan aku yang the most burok . hancoosss babe . tak tau kenapa . otak plak blur nak kira-2 . math ni memang aku dah lama jam . dah laa kira math dalam buku garis . cerdik dan terbaikk . tak sempat beli buku . abi pon satu , tak sempat-2 nak daftar aku . takleh ke lau masuk minggu depan ? kan lebih afdal bunyinya . tapi kalau 2 tahun depan pun boleh pun boleh . :)

sleepy ....

nak titow . tapi tak boleh . teringatkan homework yang tak siap . bijak aku kan ? update blog boleh tapi update homework tak boleh . pasni aku update laa . itulah susahnya ada tuition . balik dah pukul 9:45 . biasanya kalau aku tak tuition , aku akan study dari pukul 8 sampai pukul 10.30 . balik tuition ofcourse lah letih kan . duduk je atas kerusi pon membuatkan urat bersimpul . pinggang sakit . darah tinggi . sakit jantung . *nawok je . sakit pinggang je kot . ape tak nye duduk je atas kusi tu , tidak berganjak walau seinci , tidak bangun walau semeter , tidak bercakap walau satu butey .


malas nak citer lagi .

pape pon . mase kat tuition saya sumbattt !



Thursday, 5 January 2012

pengemis cinta.hakikat perasaan ini.



aku hanyalah pengemis cinta . yang bertepuk sebelah tangan .

aku sayang sangat kat dy ni . mungkin kalau dy tak tukar skolah skarang ni , mungkin kitorang akan 1 kelas . aku tengok nama dy kat senarai kelas aku , betapa gembiranya aku waktu itu . walaupun dy tak tahu betapa gembiranya aku tengok nama dy kat situ .

aku tengok kawan dy , aku teringat kat dy . memang susah gila nak lupakan dy . tambah lagi , kitorang ada kenangan . semua kenangan tak kira pahit / manis , semua di replay kan dalam kepala otak ni . 

yang pahit terasa manis . yang manis terasa makin bertambah manis itu . aku hairan kenapa susah sangat nak lupakan dy . aku masih terlalu kecik lagi nak merasakan cinta sejati .

subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya 

mungkin tuhan ada sebab memisahkan aku dengan dy . dy bukan jodoh aku . dy bukan cinta aku . dy hanya seorang insan yang mengetuk pintu hatiku dan singgah sebentar di dalam hatiku .

sorry . entry agak jiwang .


school life :)

ok . first of all aku nak cakap kepada diri sendiri 'Welcome To 3 Fatonah' :) . naik kelas . alhamdulillah . cikgu-2 yang akan mengajar kitorang pon best-2 . and our class teacher pon yang terbaik . cikgu aini adawiyah . kite sayang cikgu :) last year pon cikgu aini jugak . cikgu aini best tauu . ok dah habis sesi membodek . 

second day skolah kene pindah kelas . ohh ! benci sangat . huru hara gila kott satu bangunan . dah sedap-2 kita dapat meja baru , pastu bila tukar kelas dapat meja burok pulakk . sedih tauu ! mujur kerusi kita baru . lau takk dah mengamuk daaah . *nyampah ! 

ok ! nak citer ni , class aku ade monyet laah ! ooh sorry . tersalah . manusia berperangai monyet . ok salah lagi . manusia yang nakal . baru betul :) nakal yang amatlah weii . kalau orang lalu depan diorang je , always cakap orang tu muke hudoh . habes ?! kau tu handsome sangat dah ke ? cukup perfect dah ke ? whatever laa . dan sebab budak nakal ni jugak laa , wahida dapat jadi penolong . congrats kak yong :) hahaha . and hannan dapat jadi AJK kebersihan . congrats hannan :) . aku ngan faten tak minat laa ngan sume nihh . 

so malas nak amik kesah . 

contact lens takleh pakai eah kat skolah ? tak tahu ponn . sebooook je . cikgu tak marah . dy nak over act nak marah . mentang-mentanglah anak cikgu . ade aku kesahh ?! ok mintak maaf . terkasar .

YEAAA ! kite dapat cikgu yang best-2 . suke suke ! sporting lakk uhh . jangan jealouse eah .

minggu depan dah start main sukan . yeaah ! kite nak main petonque . dulu tak main hape pon . datang wat semak skolah je . skarang dah form 3 mesti nak name kan . cikgu pon cakap kalau tak masuk ape-2 takde markah . dan saya amat takut dengan ugutan itu . sebab ayah aku marah laa lau takde markah . ayah aku pernah jadi PK KO . takkan ayah PK KO , anak lakk markah sukan kosong !

dulu , aku slalu ponteng uniform . tahun lepas , even once , aku tak pernah hadir . sesangat lah malas . kau tahu uniform ape ? pengakap weyy ! malas aku hari-hari kene pakai skirt dengan baju uniform . malu sehh ! tak pernah dibuat skolah lain . jalan terkedek dengan skirt hitam bersama uniform . pakai sluar aku nak a . pemakaian uniform lakk berkuat kuasa bulan februari . i'm in stress . tengah fikirkan jalan , macam mana nak lepaskan diri daripada pakai uniform yang kelabu asap tu .

ok . aku dah buat keputusan muktamad yang aku akan join PBSM . FULLSTOP ! PBSM senang dan ringkas :) pakaian pon baju skolah dengan kain putih je .

ok . aku dah malas gila nak tulis cite-2 yang tak brape nak berfaedah sangat . bye-2 . nak study :)


Monday, 2 January 2012

baru lepas tengok titanic .



even dah berpuluh kali tengok , still tak puas lagi . orang cakap cite tu sedih . pada aku laa , sedih la jugak , tapi tak sesedih Kal Ho Na Ho , tentang dhia . yang tu aku betul-2 jatuhkan air mata . macam titanic ni just bergelinangan air mata laa . cite dy x sedih pon lagu je yang sedih .



bab yang sedih , bila semua kapal dah tenggelam . and pompuan tu duk atas kayu laki tu plak kat dalam air . kalau aku laa jadi rose , aku tendang papan tu jauh-2 dan aku akan duduk skali ngan jack mandi air sejuk . mati bersama . baru sweet . macam dalam cite tentang Dhia . tu baru best . 

hukhuk T_T sweetnye . 

 time kapal dy nak karam pulak , aku dapat rasa laa debaran tu , fuhh . seluruh citer aku jiwai . aku dapat rasa ditinggalkan dan orang meninggalkan . dulu aku tak dapat feel lagi citer ni . sebab aku kecit lagi mase citer tu main dulu . skarang dah besauu , sume benda aku dapat feel .

dapat rasa debaran bila kapal tu terbelah dua , dan aku duduk di hujung kapal tu . aku laa rose tu . hikhik . 


teringin sangat nak naik titanic . tapi takut karam .

cerita ni sebenarnya adaptasi daripada cerita sebenar . oo . takutnyaa . aku malas nak cite panjang-2 a . aku bagi link je laa . itu pon kalau korang paham laa . aku paham :) lau tak paham belek kamus je senang . titanic impian

Sunday, 1 January 2012

budak sekolah

baru lepas baca buku Gen-Q . manual remaja bertakwa . 

pasni nak ke meja pulak . untuk menjalankan tugas harian aku sebagai murid sekolah . iatu belajar . sometimes stress jugak . tapi redha je . tapi aku pon tak concern mane . sebab adakalanya kita rasa takde moodkan untuk belajar . everyone feel that . not just me . kalau masa tu takde mood kena belajar jugak , thats mean tu belajar main-2 je laa .

3 january dah nak skolah . taknak choppp tempat belakang skali . nanti susah nak concern cikgu mengajar . taknak jugak duduk tempat depan skali #belakangbudaklaki . yang tu memang totally tak nak a . sebabnya , aku rasa aku bukan concern ngan cikgu aku concern ngan budak laki yang suka mengacau . budak laki skolah aku tu sumenye jahat + nakal . aku dah ada pengalaman masa form 1 . memang serabut . dah la kepala besauu . kalau kecik takpe jugak . kasi hempuk kat koridor baru tau . 

tahun ni tak nak buli orang dah . Anis Wardina , saya mintak maaf banyak-2 ye awokk . tak sengaja buli awokk . tahun depan takleh buli dah la dy , sebab dy dah pindah . sebab aku ke ? ish tak kot . aku buli siket je . bukan buli , mintak tolong . kalau yang marah-2 tu , nak kasi nasihat tapi termarah . ^^



peace ye cik Anis yang cute miut . takmo marah-2 :)
all copyright reserved by najah napatah